Dalam ramai-ramai ni, mesti ada yang minat menulis. Pasti ada yang tertanya-tanya, “Apa yang berlaku di sebalik meja editor ya?”

Ha… akak editor kita ni nak berkongsi tentang #tipspenulisan . Sis Baca pun belajar sekali. .

Apa tips penulisannya ya? .

“Kebanyakan penulis sekarang menulis kisah hidup mereka. Ada yang menerbit dengan penerbit dan ada yang swaterbit. Tapi lambakan buku yang lebih kurang sama akan menyebabkan buku yang kita tulis tu tenggelam sekiranya tidak ada strategi pemasaran yang kuat atau tiada ‘unique selling point’ yang yang bagus.

Saya cadangkan tulis buku yang ‘evergreen’ di pasaran. Memang buku yang hit itu akan menjadi bestseller dalam masa beberapa bulan. Tapi hanya sekali itu sajalah.

Contoh buku-buku yang evergreen adalah buku menguruskan rumahtangga bagi wanita berkerjaya, buku DIY, life hacks, panduan didik anak, cara buat duit secara part time, penawar hati untuk wanita, dan lain-lain.

Dengan ini, hanya seorang pembaca, kita boleh terbitkan banyak buku yang berlainan. Bukan bermaksud tak boleh terbitkan buku hit. Tapi seimbangkan juga dengan buku-buku evergreen.”

Selamat menulis!

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

X