Buku Terbaru, ‘Andai Kau Kenal Tuhanmu’.

Saya bukan pakar. Saya lebih senang menggunakan ayat berkongsi pengalaman dalam mengharungi rencah kehidupan. Di samping itu, banyak juga kata iringan ayahanda saya dalam karya ini kerana sememangnya nasihat-nasihat beliau ibarat ubat dan bimbingan buat saya.

Prakata, Andai Kau Kenal Tuhanmu

Siapakah Ustaz Angah Sunan?

USTAZ ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penterjemah & penulis prolifik. Selain kolumnis travelog sejarah di portal The Patriots (TP), beliau juga adalah pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ustaz Angah Sunan, penulis buku ‘Andai Kau Kenal Tuhanmu’.

Pendidikan

Selepas tamat pendidikan rendah dan menengah, beliau menyambung pelajaran di Pusat Asasi Kejuruteraan Universiti Islam Malaysia (IIUM) sebelum beralih arah ke pengajian turah dan bahasa arab di Madrasah Tradisional (Pondok). Beliau menekuni secara bertalaqqi pengajian kitab-kitab kuning di Madrasah Tuan Guru Haji Husain Chenor, Pahang, Maahad Tahzib Wa Taalim, Shah Alam dan takhasus dengan Baba Ustaz Idris Muharam selama lebih kurang 7 tahun. Kemudian menyambung perjalanan tarbiyah sulukiah rohaniah di bawah Ayahanda beliau sendiri. Kini, sedang menyambung pelajaran dalam bidang Sains Politik di salah sebuah Universiti tempatan. 

Kenapa saya menulis buku ini?

Ustaz Angah Sunan (kanan)

Secara jujurnya, penulisan buku saya sebelum ini adalah tentang fiqh, akidah, tasauf dan travelog sejarah. Ini adalah buku pertama saya bergenre motivasi dan pembangunan diri. 

Walaupun begitu, penulisan ini hadir dari pengalaman dakwah di lapangan dan penglibatan dalam bimbingan insan, saya dapat rumuskan perjuangan tauhid ini adalah jawapan sebagai penawar utama untuk membangunkan kembali kekuatan umat Islam di akhir zaman ini. Sebagaimana ianya adalah pemangkin utama penyebaran awal Islam dibawa oleh Rasulullah saw. 

Sesungguhnya daulah madinah adalah zaman yang mana hati-hati manusia miliki nur nubuwwah sehingga Allah dan Rasul terlebih mereka cintai dan utamakan lebih dari diri mereka sendiri. Moga zaman nubuwwah kembali bersinar di alam ini agar seluruh bani adam kembali mengenal dan mencintai Allah dan RasulNya.

Sesungguhnya kekayaan hakiki apabila dalam lautan tauhid. Kebahagiaan bukan terletak pada harta atau pangkat, tetapi kekayaan hati. Apabila hati manusia itu miskin dengan akidah, mereka akan tetap menderita dengan pelbagai keresahan dalam kehidupan. Mereka melihat di sekeliling ada yang lebih kaya dan dihormati berbanding mereka, anak-anak hidup berdengki dan berseronok sahaja atau lainnya. 

Mereka ini sentiasa didampingi dengan permasalahan jiwa dan pemikiran. Berlainan pula dengan mereka yang hidup sentiasa kaya dengan makrifat kepada Allah SWT, apa-apa jua mereka kembalikan kepada Allah SWT dan akan mencintai apa-apa jua takdir Allah SWT yang berlaku terhadap mereka. Mereka akan banyak tersenyum dalam kehidupan apabila melihat semuanya bagaikan gurauan Allah SWT kepada mereka. 

Manusia yang sebenar kaya dan bahagia apabila hati mereka tidak tersangkut kepada makhluk, dunia, nafsu, dan bisikan syaitan.

Mereka mematikan perasaan dalam lautan tauhid dengan membina jiwa atas sifat reda, sabar, syukur, qanaah, ikhlas, tawaduk, dan tawakal. Apabila sifat-sifat ini subur dan tumbuh dalam jiwa mereka, mereka menjalani kehidupan ini dengan santai dan gembira.

Saya telah sedaya nya dengan bimbingan guru saya menyampaikan mesej tauhid yang diambil dari sumber turath disampaikan dalam bentuk santai dan penceritaan di dalam buku ini. Semoga mesej sampai walau para pembacanya non muslim sekalipun. 

Moga penulisan buku Andai Kau Kenal Tuhanmu memberi manfaat untuk kita, masyarakat, negara, nusantara dan cahayanya membawa kebahagiaan dan kedamaian ke seluruh dunia.

Buku Ini Sesuai Untuk Siapa?

Sebagai penulis, of course saya akan katakan buku ini di sasarkan untuk semua orang supaya semua orang membeli. 

Tapi jujur saya cakap, buku ini memang saya tulis untuk semua lapisan masyarakat. Ini kerana  kefahaman tauhid untuk semua apatah lagi buku ini dibicarakan dengan rentak dan gaya bahasa santai dan semasa. 

Saya ucapkan selamat membaca ye.

BACA ENTRI SEBELUMNYA

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

X