Terima kasih kerana berminat untuk menghantar manuskrip ke Must Read! Untuk memudahkan anda, kami mengesyorkan untuk anda memahami syarat-syarat penghantaran manuskrip berikut.

  1. Sebelum menghantar, pastikan dahulu samada manuskrip yang anda karang kena dengan stail penerbitan Must Read. Sebaiknya lihat dan lakukan kajian tentang jenis buku yang kami terbitkan dahulu. Ini bagi memudahkan proses penilaian dan mengurangkan risiko manuskrip akan ditolak.
  2. Kami menerima manuskrip daripada kategori Motivasi, Keluarga, Agama, Perubatan dan Umum. Sekiranya ada cadangan, bolehlah emelkan proposal cadangan manuskrip anda terlebih dahulu kepada bahagian Editorial kami: editorial@mustread.com.my. Pastikan hantar juga maklumat anda iaitu nama penuh, nombor telefon, alamat emel dan juga pautan media sosial anda
  3. Sekiranya manuskrip sudah siap, bolehlah menghantar manuskrip penuh kami kepada alamat emel editorial kami: editorial@mustread.com.my.
  4. Sekiranya masih dalam pembikinan, bolehlah menghantar proposal manuskrip anda terlebih dahulu. Proposal sebaiknya mempunyai maklumat diri, sinopsis penuh dan 3 bab pertama manuskrip anda.
  5. Tempoh penilaian manuskrip boleh mencecah sehingga 6 bulan. Sekiranya melebihi tempoh itu, anda digalakkan bertanya tentang status manuskrip anda atau bolehlah diusulkan kepada rumah penerbitan yang lain pula.

TIP PENTING!

  • Kaji terlebih dahulu jenis buku dan topik apa yang pembaca ingin baca. Apakah jenis buku yang sering mendapat tempat bestseller (boleh rujuk senarai bestseller Must Read di Instagram) atau di rumah penerbitan lain yang mempunyai konsep sama seperti Must Read. Pastikan manuskrip mempunyai ‘content value’ yang kuat.
  • Elakkan menulis secara rambang dan tidak berfokus. Sepanjang penulisan, mesti ada unsur ‘continuity’, tentang apakah mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca.

Selamat mengarang!

X