1. Bagaimana caranya untuk membeli buku-buku Must Read?

Buku kami bolehlah dibeli melalui pembelian secara online di laman web Must Read ataupun melalui WhatsApp. Bagaimanapun, kami lebih menggalakkan anda membeli melalui laman web Must Read kerana lebih mudah untuk trace order anda.

PERINGATAN PENTING: Sebarang order tidak akan diambil melalui media sosial seperti laman Instagram dan Facebook.

2. Apakah jenis buku yang dijual oleh Must Read?

Kami menjual buku daripada kategori motivasi, keluarga, agama, umum dan perubatan. Buku kami sesuai dibaca oleh setiap kategori umur.

3. Saya berminat untuk menghantar manuskrip kepada Must Read. Apakah prosedurnya?

Anda bolehlah menghantar manuskrip anda mengikut panduan yang telah disertakan di sini: PENGHANTARAN MANUSKRIP 

4. Must Read ada buat penghantaran buku di luar negara tak?

Selain daripada penghantaran buku di Semenanjung Malaysia, di Sabah dan Sarawak, kami juga menghantar buku ke Brunei dan Singapura. Caj penghantaran adalah berbeza.

5. Di mana boleh dapatkan buku-buku Must Read?

Kami menggalakkan pembelian secara online di laman web Must Read. Buku akan dipastikan agar selamat sampai ke tempat anda. Buku kami juga boleh didapati di pejabat Must Read sendiri di No 33 Jalan SBC 6, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Selain itu, anda juga boleh membeli di kedai-kedai buku berdekatan.

6. Must Read ada menawarkan diskaun tak?

Ada. Jika anda membeli melalui laman web Must Read, anda akan memperoleh 15% diskaun untuk setiap pembelian. Diskaun juga boleh diperoleh sekiranya anda menjadi ahli dropship Must Read

7. Apa keistimewaan menjadi dropship Must Read?

Dengan menjadi ahli dropship Must Read, anda akan memperoleh diskaun yang lebih sebanyak sehingga 30% untuk setiap pembelian. Hanya bayar sekali sahaja untuk menjadi ahli dropship Must Read.

Bolek klik DI SINI untuk mendaftar sebagai AHLI DROPSHIP MUST READ

Anda bolehlah mengisi borang PENDAFTARAN DROPSHIP INI untuk menjadi ahli dropship Must Read.

Dropshipper akan dimasukkan ke dalam group Telegram kami.

Masih ada lagi pertanyaan?

Jika ada jawapan yang kami sediakan tidak memenuhi kehendak anda, sila gunakan borang dibawah, nyatakan secara jelas untuk membolehkan pihak kami menghubungi anda semula.

Terima kasih

X